Jumaat, 4 September 2009

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annonamuricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaanperubatan tradisional dan moden.Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belandayang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampumerawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasimasalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripadadaunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belandadiminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantumengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikankesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkanpengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yangterkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagaiaktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durianbelanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin

Tiada ulasan: