Jumaat, 4 September 2009

Kepada seluruh warga M'sia yang cintakan tanah air ini, jika anda seorang yang bersemangat waja, berwawasan dan ingin menyumbangkan khidmat bakti kepada negara melalui pasukan simpanan, marilah sama-sama menyertai Rejimen Askar Wataniah sebagai anggota/ pegawai sukarela. Jika anda berumur 18-40 tahun, anda adalah layak untuk memohon menganggotai Askar Wataniah. Dengan menyertai pasukan ini anda akan dibayar elaun latihan, elaun  perjalanan ke tempat latihan, pakaian seragam percuma, insuran takaful dan sebagainya yang tidak ditawarkan oleh agensi-agensi lain.
Negara amat memerlukan khidmat dan sumbangan anda

Tiada ulasan: