Jumaat, 4 September 2009

KENALI KELEBIHAN HABBATUS SAUDA (Bijirin Hitam)DALAM PERUBATAN ISLAM
Satu perkara istimewa berkenaan herba Habbatus Sauda ( Black Seed ) ialah, ianya di sebut secara jelas oleh hadis sahih. Insya Allah, di situlah titik keberkatan herba ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ”
( Hadis riwayat Bukhari )
Habbatus Sauda atau ” Nigella Sativa “ ialah sejenis tumbuhan yang banyak di dapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian antarabangsa yang telah di jalankan membukti keberkesanan Habbatus Sauda dalam merawat & memelihara kesihatan. Habbatus sauda terbukti berkesan untuk merawat pelbagai penyakit seperti :
- Batuk, asma & selsema
- Kencing manis, buah pinggang
- Tekanan darah tinggi
- Masalah untuk tidur
- Sakit-sakit otot & sendi
- Merawat batu karang
- Mengurangkan kolesterol - Masalah angin, buasir & barah
- Masalah perut, gastrik & cacing
- Masalah kulit, kudis & ghout
- Senggugut & masalah wanita
- Menambah susu badan
- Mempertingkatkan sistem imuniti
- Meningkatkan tenaga seksual dan
sebagainya.



Ibnu Sina di dalam bukunya ‘Canon of Medicine’ menyatakan Habbatus Sauda berkemampuan merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya ‘Medicine of the Prophet’ menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.



• Memperbaiki & Meningkatkan Sistem Imunisasi
• Anti-Histamine
• Anti-Tumor • Anti-Bakteria
• Anti-Radang (anti-inflammation)
• Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Tiada ulasan: